SMK DATO' ABDUL RAHMAN ANDAK, SIMPANG RENGGAM, JOHOR

Sekolah

SMK Dato' Abdul Rahman Andak
86200 Simpang Renggam, Johor.


VISI SEKOLAH:
Sekolah unggul penjana generasi terbilang

MISI SEKOLAH:
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti


MOTO SEKOLAH:
‘BELAJAR BERDIKARI’ ialah cogan kata sekolah ini. Belajar adalah matlamat utama para pelajar. Berdikari pula adalah prinsip yang dipegang oleh Dato’ Abdul Rahman Andak sendiri sewaktu menjadi pentadbir kerajaan negeri Johor. Amalan ini patut menjadi pegangan pelajar kerana kejayaan seseorang pelajar tidak ditentukan dengan pengantungan semata-mata kepada guru.

FALSAFAH SEKOLAH:
Pendidikan di SMK Dato’ Abdul Rahman Andak adalah suatu proses yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menyedari bahawa pelajar-pelajarnya adalah insan yang mempunyai keupayaan dan potensi yang pelbagai perlu diperkembangkan dengan perhatian dan didikan yang sempurna.
Guru-gurunya berkebolehan, bersikap ikhlas, jujur dan sanggup menghadapi apa jua cabaran melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, sahsiah dan kepimpinan. Sekolah ini akan menggunakan segala sumber yang ada secara optimum dalam merealisasikan impian ibu bapa, masyarakat dan negara.