SMK DATO' ABDUL RAHMAN ANDAK, SIMPANG RENGGAM, JOHOR

JOM KITA BELAJAR MENABUNG!!!





 
  
       Mari kita belajar bagaimana untuk menabung. Antara cara-cara yang berkesan ialah amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung. 

  Selain itu, berjimat cermat. Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan.

  Seperkara lagi, merancang perbelanjaan. Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung.











Justeru itu, amalan bersederhana. Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalkan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.


Oleh: 
MUHAMMAD HISYAM BIN KAMISAN (4 A)
MARJOHAN BIN MARWAN (4 A)