SMK DATO' ABDUL RAHMAN ANDAK, SIMPANG RENGGAM, JOHOR

PIDM - Perlindungan



Semua jenis pendeposit, sama ada individu atau entiti perniagaan, dilindungi. Had perlindungan maksimum adalah RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli. Ini termasuk amaun prinsipal deposit dan faedah/pulangan. Di bawah had RM250,000, 99% pendeposit dilindungi sepenuhnya. Sistem insurans deposit di Malaysia menyediakan perlindungan berasingan bagi deposit konvensional dan Islam.

Deposit yang layak untuk perlindungan
  • Akaun simpanan
  • Akaun semasa
  • Deposit tetap
  • Deposit mata wang asing
  • Produk berstruktur konvensional yang prinsipalnya dijamin
  • Akaun deposit Islam seperti akaun simpanan Wadiah dan deposit pelaburan Mudharabah
  • Draf bank, cek, arahan atau instrumen pembayaran lain yang dibuat terhadap akaun deposit
Produk yang TIDAK layak untuk perlindungan
  • Produk berstruktur konvensional yang prinsipalnya tidak dijamin
  • Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia
  • Deposit pasaran wang antara bank
  • Instrumen deposit boleh niaga (NIDs) dan deposit pembawa lain
  • Perjanjian pembelian semula
  • Unit amanah dan saham
  • Produk pelaburan atau akaun berkaitan emas
Had perlindungan insurans deposit yang berasingan sehingga RM250,000 juga disediakan untuk pendeposit yang mempunyai akaun deposit di bawah kategori berikut:
  1. Akaun deposit konvensional dan Islam
  2. Akaun bersama - Akaun bersama mendapat perlindungan insurans deposit berasingan asalkan rekod bank ahli menyenaraikan nama pemegang-pemegang akaun bersama
  3. Akaun amanah - Benefisiari boleh mendapat perlindungan berasingan sekiranya pemegang amanah mengemukakan kepentingan setiap benefisiari dan amaun yang tertakluk kepada setiap benefisiari pada rekod bank ahli. Setiap benefisiari dilindungi sehingga RM250,000 secara berasingan daripada deposit diinsuranskan lain yang dipegang secara milikan individu
  4. Akaun perniagaan milikan tunggal, perkongsian, praktik profesional dan akaun syarikat

Oleh : Marjohan (4A)