SMK DATO' ABDUL RAHMAN ANDAK, SIMPANG RENGGAM, JOHOR

PIDM

Adakah kawan-kawan tahu apa itu PIDM ?
PIDM ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). PIDM ditubuhkan pada 2005 untuk mentadbir sistem insurans deposit nasional yang disasarkan untuk melindungi pendeposit. Mulai 31 Disember 2010, peranan PIDM telah diperluaskan untuk mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans bagi menyediakan perlindungan kepada pemilik sijil takaful dan polisi insurans. PIDM juga menyediakan insentif bagi pengurusan risiko mantap dalam sistem kewangan, serta menggalakkan dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.



PIDM juga dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Malaysia Deposit Insurance Corporation (MDIC).

Banyak fungsi-fungsi yang kawan-kawan boleh dapat daripada PIDM. Antaranya,Mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat
Takaful dan Insurans di Malaysia. Mentaksirkan dan memungut premium daripada institusi ahli yang merangkumi bank, serta pengendali takaful dan syarikat insurans. Mengurus enam kumpulan dana yang berasingan dan berbeza – dua
bagi insurans deposit dan empat bagi perlindungan manfaat takaful dan insurans. Selain itu,Mengendalikan resolusi sesebuah institusi ahli yang tidak berdaya maju.

Membuat pembayaran balik deposit kepada pendeposit sekiranya sesebuah bank ahli mengalami kegagalan atau membuat pembayaran terhadap tuntutan manfaat yang layak bagi pemilik sijil takaful dan polisi
insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans. Mematuhi prinsip-prinsip Syariah berkenaan deposit Islam, manfaat takaful serta kumpulan dana insurans deposit Islam dan perlindungan
takaful. Melaksanakan inisiatif kesedaran awam dan program pendidikan bagi memantapkan pemahaman mengenai Sistem Insurans Deposit, Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans serta peranan.

Kawan-kawan nak tahu tak kelebihan insurans deposit kepada pendeposit?
PIDM melindungi pendeposit yang menyimpan deposit diinsuranskan di bank-bank ahli. Seterusnya,Perlindungan insurans deposit disediakan secara automatik tanpa
caj kepada pendeposit. Akhir sekali, Sekiranya berlaku kegagalan bank ahli, PIDM akan membayar balik deposit diinsuranskan kepada pendeposit dengan segera.



Untuk maklumat lanjut kawan-kawan boleh menghubungi talian maklumat bebas tol PIDM: 1-800-88-1266 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Kawan-kawan juga boleh email ke info@pidm.gov.my atau kawan-kawan boleh layari laman web PIDM www.pidm.gov.my . kawan-kawan juga boleh alamat di
Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Aras 12, Quill 7 No. 9, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
atau P. O. Box 13071 50798 Kuala Lumpur. No. Tel: +603-2173 7436 . No. Faks: +603-2173 7527 / 2260 7432 .

Oleh :
Nur Syuriani Juwahil (5F)
Nurul Amira Abdullah (5F)