SMK DATO' ABDUL RAHMAN ANDAK, SIMPANG RENGGAM, JOHOR

KEPERLUAN PENGURUSAN KEWANGAN

 Assalamualaikum,
Entry kali ni saya nak cerita tentang keperluan pengurusan kewangan . Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita.

       Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan.Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan. Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga berubah. Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.






      Melalui perancangan kita dapat mencapai matlamat hidup bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga. Maka dengan membuat perancangan kewangan, kita akan menyedari akan keperluan masa kini dan masa hadapan, sumber-sumber kewangan yang dimiliki serta sumber kewangan yang diperlukan serta cara sebaik mungkin untuk memperolehi sumber. Yang penting sekali, kita akan merasa tenang dan memperolehi keamanan dalam kehidupan anda dan kewangan.

 Kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh yang tertentu.Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap, kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar.

OLEH.
Filzah Auni Najihah (4E)