Showing posts with label MENABUNG. Show all posts
KEPERLUAN PENGURUSAN KEWANGAN
Assalamualaikum,Entry kali ni saya nak cerita tentang keperluan pengurusan kewangan . Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita.
Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan.Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan. Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga berubah. Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.
Melalui perancangan kita dapat mencapai matlamat hidup bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga. Maka dengan membuat perancangan kewangan, kita akan menyedari akan keperluan masa kini dan masa hadapan, sumber-sumber kewangan yang dimiliki serta sumber kewangan yang diperlukan serta cara sebaik mungkin untuk memperolehi sumber. Yang penting sekali, kita akan merasa tenang dan memperolehi keamanan dalam kehidupan anda dan kewangan.
Kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh yang tertentu.Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap, kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar.
OLEH.
Filzah Auni Najihah (4E)
KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Assalamualaikum.
Keperluan dan kehendak merupakan perkara yang berbeza.
Keperluan adalah sesuatu benda atau keadaan yang memang perlu untuk hidup
kita.. Sebagai contoh, rumah sebagai tempat berteduh, pakaian untuk menutup
aurat, makanan sebagai tenaga untuk hidup, dan sebagainya. Senang kata,
keperluan ini adalah benda penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.
Contoh keperluan asas :
Makanan
Tempat Tinggal
Contoh keperluan lain:Pengangkutan
Perhubungan
Manakala kehendak pula adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasanya walaupun ketiadaannya.. Contohnya, walaupun kita tak ada Ipad, laptop, kamera dan telefon pintar kita masih boleh hidup dengan biasa.
Contoh Kehendak :
Kereta mewah
Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan.. Jadi,
perkara sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu
yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak
terbatas.
Oleh :
Nur Syuriani Juwahil (5F)
Nurul Amira Abdullah (5F)
Filzah Auni Najihah Azizan (4E)
Oleh :
Nur Syuriani Juwahil (5F)
Nurul Amira Abdullah (5F)
Filzah Auni Najihah Azizan (4E)
JOM KITA BELAJAR MENABUNG!!!
Mari kita belajar bagaimana untuk menabung. Antara cara-cara yang berkesan ialah amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.
Selain itu, berjimat cermat. Kita hendaklah berjimat cermat dalam
menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan
menjimatkan perbelanjaan.
Seperkara lagi, merancang perbelanjaan. Jikalau kita merancang segala
perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak
perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung.
Justeru itu, amalan bersederhana.
Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan
berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah.
Kita harus mengamalkan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan
masa depan.
Oleh:
MUHAMMAD HISYAM BIN KAMISAN (4 A)
MARJOHAN BIN MARWAN (4 A)
FAEDAH MENABUNG
Kawan-kawan nak
tau tak apakah faedah menabung?
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.
Selain itu, manabung dapat meningkatkan pendapatan. Apabila
menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan,
pendapatan kita akan bertambah.
Bukan itu sahaja, menabung mampu meningkatkan kualiti hidup.
Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih
berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin
diperoleh dengan pendapatan sekarang.
Antara manfaatnya ialah:
·
Membiayai Pendidikan
Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang
sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan
kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu,
kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.
·
Membeli Rumah
Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak.
Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang
diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang
pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu
menabung untuk tujuan ini.
·
Tanggungjawab Berumahtangga
Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan
penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab
yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik
sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan
penghidupan baru dengan berhutang.
·
Membeli Barang Keperluan
Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan
perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman
moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun,
kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani
hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan
harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada
harga yang lebih murah.
·
Keselesaan Hidup dalam Persaraan
Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin
dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk
menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.
·
Menyediakan Payung
Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang
tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau
kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum
hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat
mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada
waktu yang tidak dijangka.
·
Berdikari dari Segi Kewangan
Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh
berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh
merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.
Oleh itu, jom kita menabung untuk masa
depan yang cerah. Bak kata pepatah melayu “ sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.
Oleh:
MUHAMMAD HISYAM BIN KAMISAN (4 A)
MARJOHAN BIN MARWAN (4 A)
Subscribe to:
Posts (Atom)

















