SMK DATO' ABDUL RAHMAN ANDAK, SIMPANG RENGGAM, JOHOR

Kelebihan PIDM

Manfaat kepada pendeposit

  • PIDM melindungi deposit  bank anda dan akan membayar balik dengan segera deposit yang dilindungi sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.
  • Perlindungan ini disediakan oleh PIDM secara automatik dan tidak memerlukan sebarang permohonan.
  • Pendeposit tidak dikenakan bayaran bagi perlindungan ini.

Manfaat kepada sistem kewangan

  • PIDM memupuk keyakinan awam dalam sistem kewangan Malaysia dengan melindungi pendeposit terhadap kehilangan wang deposit mereka.
  • PIDM memperkukuh dan melengkapi rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada dengan menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan.
  • PIDM meminimumkan kos kepada sistem kewangan dengan mengenal pasti penyelesaian kos terendah bagi mengurus institusi ahli yang tidak berdaya maju.
PIDM menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dengan mengurus kegagalan institusi ahli dengan cepat dan membuat pembayaran kepada pendeposit dengan segera.